5. Kelayakan:
5.1 Anak-anak ahli persatuan yang berumur 45 tahun kebawah boleh menjadi ahli secara automatik, tetapi keahliannya hanya diangap sah setelah mengisi borang permohonan berkenaan.
5.2 Keahliannya akan tamat secara automatik sebaik sahaja umurnya melangkahi 45 tahun.
6. Ahli Bersekutu:
6.1 Mereka yang bekerja, termasuk pakar dan saudagar yang beroperasi di Melaka dalam bidang yang berkaitan, boleh memohon untuk menjadi ahli Bahagian Pemuda, tetapi mereka ini hanya ahli bersekutu dan tidak layak untuk menikmati segala hak dan kemudahan yang dinikmati oleh saorang ahli badan induk.
6.2 Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan dicadang oleh saorang ahli Jawatankuasa badan induk dan disokong oleh Ketua atau Naib-Ketua Bahagian Pemuda, kemudian mengemukakan permohonan tersebut kepada Jawatankuasa untuk kelulusan sebelum menjadi saorang ahli bersekutu.
6.3 Jawatankuasa berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberitahu sebab atau alasan.
6.4 Keahlian saorang ahli akan tamat secara automatik sebaik sahaja umurnya melangkahi 45 tahun.
7. Yuran Kemasukan:
7.1 Ahli PPLJBPM dan anak-anaknya tidak perlu membayar yuran kemasukan.
7.2 Saorang Ahli Bersekutu dikenakan yuran kemasukan sebanyak RM50.00.
8. Organisasi:
8.1 Jawatankuasa
8.1.1 Penasihat : Presiden Persatuan, ahli Jawatankuasa yang menjadi penaung kepada Bahagian Pemuda.
8.1.2 Ketua/Naib Ketua : Dipilih dari ahli-ahli Jawatankuasa baru untuk dilantik menjadi Ketua/Naib Ketua. (Ia mesti merupakan saorang anak ahli badan induk).
8.1.3 Setiausaha/ Pen. Setiausaha : Saorang ahli.(Ia mesti merupakan saorang anak ahli badan induk).
8.1.4 Bendahari/ Pen. Bendahari : Saorang ahli.(Ia mesti merupakan saorang anakahli badan induk).
8.1.5 Pegawai/Pen. Pegawai Rekreasi : Saorang ahli/saorang ahli bersekutu.
8.1.6 Pegawai Perhubungan/Pen. Pegawai Perhubungan : Saorang ahli/saorang ahli bersekutu.
8.1.7 Pegawai Informasi/Pen. Pegawai Informasi : Saorang ahli/saorang ahli bersekutu.
8.1.8 Ahli-ahli Jawatankuasa (5) : Saorang ahli/saorang ahli bersekutu.
8.2 Tempoh jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa, penasihat adalah selaras dengan tempoh jawatan badan induk. Apabila tempoh tamat, Ketua dan Naib Ketua (tiada had umur) akan dipilih dan dilantik dari ahli-ahli Jawatankuasa baru.
8.3 Ahli-ahli/ahli-ahli bersekutu akan memilih ahli-ahli Jawatankuasa daripada senarai calon-calon dalam Mesyuarat Agung Bahagian Pemuda melalui membuang undi secara sulit atua memutuskannya secara mengankatkan tangan. 15 orang yang memiliki undi yang terbanyak adalah mereka yang terpilih. (tiap-tiap kertas undi perlu memilih 2/3 dari calon-calon yang ada,
kalau tidak, kertas undi itu akan ditolak).
8.4 15 orang ahli-ahli yang terpilih dalam Mesyuarat Agung itu perlu mengadakan satu mesyuarat dalam tempoh 2 minggu untuk menubuhkan jawatankuasa-penggal, dan boleh terus menjawat jawatan yang sama sekiranya dipilih semula, melainkan jawatan bendahari yang boleh disandang oleh sesaorang tidak melebihi 2 penggal berturut-turut.
8.5 Jawatankuasa perlu bermesyarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam tempoh 3 Bulan. Ketua atau Naib Ketua perlu mengemukakan resolusi mesyuarat serta penyata kewangan kepada mesyuarat bulanan Jawatankuasa Induk.
8.6 Sekiranya ada sesuatu perkara yang mendesak, Ketua Bahagian Pemuda boleh mengadakan mesyuarat Jawatankuasa tergempa, dan kuorum mesyuarat yang diperlukan adalah 1/2 dari bilangan ahli-ahli jawatankuasa.
8.7 Hanya Mesyuarat Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua atau Naib Ketua Bahagian Pemuda akan dianggap sah.
9. Tatatertib:
9.1 Ketua dan Pen. Ketua Bahagian Pemuda mempunyai kuasa penuh untuk Membekukan keahlian sesaorang ahli/ahli bersekutu sekiranya ia melanggar peraturan-peraturan atau memburukkan imej dan nama baik persatuan tanpa memberikan sebab-sebabnya. Ahli yang berkenaan perlu mengemukakan rayuannya kepada Jawatankuasa Bahagian Pemuda dalam 14 hari, jika tidak, pembekuan tersebut akan berkuatkuasa serta-merta dan perkara tidak boleh dibawa ke Mahkamah.
9.2 Sesaorang Ahli bersekutu perlu menghadiri mesyuarat/aktiviti sekurang-kurangnya satu kali dalam satu tahun, jika tidak, keahliannya dianggap tamat dengan sendirinya.
10. Ubahsuaian Kepada Peraturan-Peraturan:
10.1 Jika diperlukan, Bahagian Pemuda boleh memgubahsuai peraturan-peraturannya, tetapi ia hanya dianggap sah setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk.[Hide]